Sabtu, 17 April 2010

Hadiah pada hari guru

Assalamualaikum

Pada tahun yang lalu, bulan 5 kami mengadakan hari guru. Kami bangun awal dan membawa hadiah untuk diberikan kepada guru. Kami ada perhimpunan pada waktu itu. Selepas perhimpunan kami membuat persembahan iaitu bernasyid, bersajak, berlakon, bercerita, beryanyi dan berteka-teki untuk menceriakan guru kami. Selepas itu, pada pukul 10.00 pagi kami pergi ke kantin untuk kami makan. Selepas kami makan, kami bermain sehingga pukul 10.30 pagi. Selepas itu, kami memberikan hadiah itu kepada guru-guru kami iaitu guru kelas kami Ustazah Zuraida, Ustazah yang paling baik dengan kami iaitu Ustazah Marlina dan akhir sekali ialah Ustazah yang tekun mengajar kami iaitu Ustazah Rogayah. Di dalam bungkusan itu ada hadiah yang istimewa untuk ustazah yang tersayang. Selepas kami memberi hadiah kepada guru, kami menyambungkan perhimpunan. Ucapan dua orang guru di atas pentas iaitu Ustaz Ramzi dan Ustaz Asri. Mereka mengucapkan terima kasih kepada semua murid di sekolah kami kerana menyambutnya dengan meriah sekali. Loceng berbunyi pada pukul 12.00 dan semua murid balik ke rumah masing-masing.

Jumaat, 16 April 2010

Hari peperiksaan saya

Assalamualaikum

Pada bulan yang lalu, saya menghadapi peperiksaan penggal pertama.Pada hari Isnin saya bangun awal untuk menghadapi peperiksaan penggal pertama. Kami memulakan peperiksaan. Ustazah memberikan kertas soalan kepada semua murid di dalam kelas 3 Iman. Kami membaca doa menghadapi peperiksaan lalu menjawab soalan dalam masa satu jam. Pada pukul 9.00 pagi lalu kami pun memberikan kertas soalan yang ustazah berikan. Ada lagi peperiksaan Bahasa Melayu (pen). Masanya ialah pukul 9.00 pagai hingga 10.00 pagi. Setelah loceng sekolah berbunyi, kami pun turun ke kantin untuk makan. Kami bermain lalu naik ke kelas untuk kami belajar dahulu. Selapas itu, kami peperiksaan kami yang terakkhir ialah Pendidikan Islam. Masanya ialah pukul 11.00 tengah hari hingga 12.00 tengah hari. Kami mendapat kertas soalan dari ustazah lalu menjawab dengan segera kerana masa tinggal beberapa minit sahaja lagi. Kami telah siap menjawab kertas soalan dan ustazah maengambil semua kertas soalan. Selepas itu, kami membaca doa sebelum kami. Selepas kami membaca kami pun pulang ke rumah masing-masing.

Hari pertama saya ke sekolah

Assalamualaikum

Pada tahun 2008 yang lalu, saya bangun pada pukul 7.00 untuk pergi ke sekolah baru saya . Saya bersarapan dengan ayah dan emak saya. Emak saya menghantar saya ke sekolah baru itu. Saya memperkenalkan diri di bilik guru.Saya baru nak berkenalan dengan kawan baru saya. Saya baru sekolah menegah. Selepas itu, saya telah masuk di dalam kelas saya iaitu kelas 1 Iman. Saya risau kerana kawan-kawan baru itu mungkin akan mengejek saya. Selepas itu, kami pun memulakan pelajaran. Kami belajar dengan tekun sekali. Selepas kami belajar, kami pergi ke kantin untuk makan. Kami membasuh di singki sehingga bersih tangan kami. Selepas itu, kami membaca doa makan. Selepas kami membaca doa makan, kami pun dalam keadaan senyap. Selepas kami makan, kami pun teruskan pelajaran kami. Semasa di dalam kelas kami membuat kerja yang ada di dalam kami. Selepas itu, kami pun pergi ke tempat wuduk lalu kami ke surau untuk solat Zohor. Selepas kami bersolat, kami menyambungkan dua mata pelajaran. Kami menyalin yang ustazah tulis di papan putih. Selepas dua mata pelajaran dijalankan, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Bahawa tiada apa-apa yang nak dirisaukan.

Isnin, 12 April 2010

Keluarga kami ada tiga komputer riba

Assalamualaikum

Keluarga kami mempunyai tiga buah komputer riba. Kami menggunakan komputer riba untuk melayari internet. Melayari internet ialah untuk melihat Filem, Blogspot,Emel,Facebook dan gambar. Selepas melayari internet, ialah mendengar lagu kegemaran anda atau pun mendengar doa taubat. Selepas itu pula, ialah permainan. Permainan tidak boleh selalu bermain di dalam komputer riba. Akhir sekali, ialah boleh melihat siaran di luar negeri. Siaran di luar negeri ialah melihat filem di luar negeri kita seperti hotel di Langkawi atau pun siaran hidangan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi dan England.

Ahad, 11 April 2010

Saya ada dua ekor kucing

Assalamualaikum

Saya membela dua ekor kucing yang bernama Comel dan Siti. Saya sangat sayangkan Comel dan Siti. Bulu Comel berwarna kelabu dan bulu Siti berwarna putih. Comel dan Siti suka makanan yang ayah saya belikan untuk mereka. Mereka tidak suka mandi walaupun bulunya kotor. Kadang-kadang mereka suka juga mandi. Mereka suka bergaduh antara satu sama lain. Comel tinggal di dalam rumah saya kerana dia suka tidur tetapi Siti tinggal di dalam sangkar kerana dia membuat bising di dalam rumah saya. Kadang-kadang Comel tinggal bersama-sama dengan Siti.

Sabtu, 10 April 2010

Pengalaman pergi ke Camaron Highland

Assalamualaikum

Pada musim cuti yang lalu, emak dan kakak saya pergi bercuti ke Camaron Healon saya pun pergi sama dengan mereka. Kami menaiki bas untuk pergi ke Camaron Healon. Kami berhenti di pertengahan jalan. Kami berhenti di situ untuk kami singgah makan dan minum di restoran. Di restoran itu ada banyak makanan dan minuman. Selepas kami makan, kami pun teruskan perjalanan. Saya dan emak saya melihat pemandangan di luar. Kami berhenti di pertengahan jalan untuk makan tengah hari dan solat Zohor. Makan dan terus bersolat Zohor lalu menyambung perjalanan kami. Kami berhenti di lenggung untuk melihat ikan-ikan yang ada di sana. Selepas kami melihat ikan, kami mengambil gambar pemandangan di sana. Selepas itu, kami pun meneruskan perjalanan kami ke Camaron Healon. Setelah kami sampai di Camaron Healon, kami pergi masuk ke dalam rumah tumpangan. Kami bersolat Maghrib. Selepas kami solat Maghrib, kami keluar untuk membeli belah di Pasar Malam. Selepas kami membeli belah, kami pun pulang ke rumah tumpangan. Keesokan paginya kami berkemas untuk kami balik ke rumah masing-masing. Kami menaiki bas dan kami pergi taman strawberri lalu membeli buah strawberri. Kami singgah makan di restoran. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah masing-masing dengan menaiki bas.

Saya sayang abah dan emak saya

Assalamualaikum

Saya sayang sangat dengan kedua-dua ibubapa saya. Mereka pun sayangkan saya sewaktu kecil. Pada hari ibu dan bapa saya akan memberi hadiah yang sesuai untuk mereka. mereka tidur bersama-sama dengan saya. Setiap hari Isnin hingga Jumaat ayah saya akan menghantar saya ke sekolah saya dan ayah saya akan memberi duit belanja yang bernilai 3.00 ringgit sehari. Emak saya pula mengambil saya dari sekolah dan mengambil saya pada pukul 4.00 petang. Pada hari jadi emak saya, saya akan membeli kotak pensel dan hari jadi ayah saya pula, saya akan membeli kasut kepada ayah saya.

Saya pergi bercuti ke Pulau Pinang dan Ipoh

Assalamualaikum

Pada tahun yang lalu, saya dan ibubapa saya pergi bercuti Pulau Pinang. Kami menaiki feri untuk ke Pulau Pinang. Setelah kami sampai ke Pulau Pinang kami pun mencari hotel yang sesuai untuk kami berehat. Kemudian, kami berehat di dalam bilik yang selesa. Selepas kami berehat kami bersiar-siar dengan menaiki kereta dan kami membeli belah di Plaza. Selepas kami membeli belah di Plaza, kami pun pulang ke hotel untuk makan malam. Saya makan Chicken Chop dan emak saya pun sama. Ayah saya pula makan bihun goreng dan untuk saya pula ialah ais krim. Selepas kami makan malam, kami pun balik ke bilik kami semula. Keesokan paginya kami bangun awal untuk berkemas pergi ke Ipoh pula. Sebelum kami bertolak ke Ipoh, kami bersarapan dahulu di restoran. Kemudian kami pun bertolak ke Ipoh dengan menaiki kereta. Pada pukul 12.00 tepat tengah hari, kami pun berhenti untuk makan tengah hari. Selepas itu, kami pun meneruskan perjalanan. Semasa perjalan, minyak kereta kami sudah nak habis dan kami bersinggah di stasen minyak. Pada lewat petang, kami telah sampai di Ipoh. Setelah sampai ke bandar Ipoh mencari hotel untuk kami berehat. Selepas itu, kami pun makan malam di restoran. Kami pun pergi tidur. Keesokan paginya kami pun pulang ke rumah dengan menaiki feri.

Jumaat, 9 April 2010

Esok saya pergi Fardhu Ain

Assalamualaikum

Esok saya akan pergi kelas Fardhu Ain. Saya pergi menaiki kereta dengan ayah saya. Kemudian saya dan ayah saya pergi ke Simpang Empat untuk membeli bekalan sekolah. Saya dan kawan-kawan akan berhimpun di hadapan sekolah saya untuk menentukan siapa yang tidak hadir. Kami akan naik ke atas untuk memulakan pelajaran. Mula-mula kami akan belajar Al-quran dahulu. Selepas itu, kami akan belajar Jawi. Seterusnya, kami akan belajar Fekah. Selepas itu, kami pun turun untuk ke Kantin. Saya makan bekalan yang ayah saya beli tadi. Di dalam bungkusan itu ada nasi ayam dan saya minum air oren. Saya membeli naget dan air anggur. Kami bermain kejar-kejar dengan keseronokan berterusan. Selepas itu, kami pun naik ke atas untuk menyambungkan pelajaran iaitu Tauhid. Seterusnya, ialah Bahasa Arab dan apabila jam berbunyi pada pukul 12.00 tepat tengah hari kami pun pulang ke rumah.

Cuaca hari ini sungguh indah

Assalamualaikum

Cuaca hari ini sungguh cerah dan indah kemungkinan malam ini hujan jadi berhati-hatilah pada malam ini. Esok, saya akan pergi ke sekolah kerana ada Fardhu Ain. Setiap hari Jumaat saya akan pergi ke Masjid untuk sembahyang Jumaat. Hari Isnin hingga Jumaat saya ke sekolah seperti biasa. Waktu rehat saya dan kawan-kawan saya bermain sepak bola takraw. Pada hari Jumaat saya ada latihan sukan. Emak saya bekerja sebagai guru dan ayah saya pula bekerja sebagai Jutawan. Cita-cita saya ialah menjadi seorang doktor pakar. Setiap hari Jumaat saya balik awal dari sekolah. Setiap hari Isnin hingga Jumaat membeli makanan dan minuman.

Saya baru nak berkenalan

Assalamualaikum

Saya baru nak buat blog walaupun saya baru 9 Tahun . Nama saya ialah Muhd Asyraaf Bin Rosdi dan saya bersekolah di Sekolah Agama Al-Islahiyah (Rendah) . Hobi saya pula melayari internet dan bermain bola takraw dengan kawan-kawan saya di sekolah saya. Kadang-kadang saya meminjam buku di Perpustakaan Desa dan Pusat Sumber. Selepas dua hari saya meminjam buku itu saya akan memulangkannya semula di perpustakaan. Pada masa rehat pertama sahaja boleh meminjam buku di Perpustakaan Desa dan Pusat Sumber. Koperasi buka pada rehat kedua dan saya membeli pada waktu rehat kedua sahaja. Selepas koperasi ditutup, saya dan kawan-kawan saya pergi ke masjid untuk solat Zohor. Kami mengambil wuduk lalu kami masuk ke dalam masjid. Selepas semua murid di sekolah masuk ke dalam masjid, murid darjah 6 akan Azan dan murid darjah 6 juga akan menjadi Imam di masjid itu. Selepas itu, kami naik ke atas kelas untuk menukar kasut dan menyambung pelajaran. Kami pun pulang ke rumah masing-masing pada pukul 4.00 petang.