Jumaat, 9 April 2010

Esok saya pergi Fardhu Ain

Assalamualaikum

Esok saya akan pergi kelas Fardhu Ain. Saya pergi menaiki kereta dengan ayah saya. Kemudian saya dan ayah saya pergi ke Simpang Empat untuk membeli bekalan sekolah. Saya dan kawan-kawan akan berhimpun di hadapan sekolah saya untuk menentukan siapa yang tidak hadir. Kami akan naik ke atas untuk memulakan pelajaran. Mula-mula kami akan belajar Al-quran dahulu. Selepas itu, kami akan belajar Jawi. Seterusnya, kami akan belajar Fekah. Selepas itu, kami pun turun untuk ke Kantin. Saya makan bekalan yang ayah saya beli tadi. Di dalam bungkusan itu ada nasi ayam dan saya minum air oren. Saya membeli naget dan air anggur. Kami bermain kejar-kejar dengan keseronokan berterusan. Selepas itu, kami pun naik ke atas untuk menyambungkan pelajaran iaitu Tauhid. Seterusnya, ialah Bahasa Arab dan apabila jam berbunyi pada pukul 12.00 tepat tengah hari kami pun pulang ke rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan