Sabtu, 17 April 2010

Hadiah pada hari guru

Assalamualaikum

Pada tahun yang lalu, bulan 5 kami mengadakan hari guru. Kami bangun awal dan membawa hadiah untuk diberikan kepada guru. Kami ada perhimpunan pada waktu itu. Selepas perhimpunan kami membuat persembahan iaitu bernasyid, bersajak, berlakon, bercerita, beryanyi dan berteka-teki untuk menceriakan guru kami. Selepas itu, pada pukul 10.00 pagi kami pergi ke kantin untuk kami makan. Selepas kami makan, kami bermain sehingga pukul 10.30 pagi. Selepas itu, kami memberikan hadiah itu kepada guru-guru kami iaitu guru kelas kami Ustazah Zuraida, Ustazah yang paling baik dengan kami iaitu Ustazah Marlina dan akhir sekali ialah Ustazah yang tekun mengajar kami iaitu Ustazah Rogayah. Di dalam bungkusan itu ada hadiah yang istimewa untuk ustazah yang tersayang. Selepas kami memberi hadiah kepada guru, kami menyambungkan perhimpunan. Ucapan dua orang guru di atas pentas iaitu Ustaz Ramzi dan Ustaz Asri. Mereka mengucapkan terima kasih kepada semua murid di sekolah kami kerana menyambutnya dengan meriah sekali. Loceng berbunyi pada pukul 12.00 dan semua murid balik ke rumah masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan