Jumaat, 16 April 2010

Hari pertama saya ke sekolah

Assalamualaikum

Pada tahun 2008 yang lalu, saya bangun pada pukul 7.00 untuk pergi ke sekolah baru saya . Saya bersarapan dengan ayah dan emak saya. Emak saya menghantar saya ke sekolah baru itu. Saya memperkenalkan diri di bilik guru.Saya baru nak berkenalan dengan kawan baru saya. Saya baru sekolah menegah. Selepas itu, saya telah masuk di dalam kelas saya iaitu kelas 1 Iman. Saya risau kerana kawan-kawan baru itu mungkin akan mengejek saya. Selepas itu, kami pun memulakan pelajaran. Kami belajar dengan tekun sekali. Selepas kami belajar, kami pergi ke kantin untuk makan. Kami membasuh di singki sehingga bersih tangan kami. Selepas itu, kami membaca doa makan. Selepas kami membaca doa makan, kami pun dalam keadaan senyap. Selepas kami makan, kami pun teruskan pelajaran kami. Semasa di dalam kelas kami membuat kerja yang ada di dalam kami. Selepas itu, kami pun pergi ke tempat wuduk lalu kami ke surau untuk solat Zohor. Selepas kami bersolat, kami menyambungkan dua mata pelajaran. Kami menyalin yang ustazah tulis di papan putih. Selepas dua mata pelajaran dijalankan, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Bahawa tiada apa-apa yang nak dirisaukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan