Ahad, 11 April 2010

Saya ada dua ekor kucing

Assalamualaikum

Saya membela dua ekor kucing yang bernama Comel dan Siti. Saya sangat sayangkan Comel dan Siti. Bulu Comel berwarna kelabu dan bulu Siti berwarna putih. Comel dan Siti suka makanan yang ayah saya belikan untuk mereka. Mereka tidak suka mandi walaupun bulunya kotor. Kadang-kadang mereka suka juga mandi. Mereka suka bergaduh antara satu sama lain. Comel tinggal di dalam rumah saya kerana dia suka tidur tetapi Siti tinggal di dalam sangkar kerana dia membuat bising di dalam rumah saya. Kadang-kadang Comel tinggal bersama-sama dengan Siti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan