Jumaat, 9 April 2010

Saya baru nak berkenalan

Assalamualaikum

Saya baru nak buat blog walaupun saya baru 9 Tahun . Nama saya ialah Muhd Asyraaf Bin Rosdi dan saya bersekolah di Sekolah Agama Al-Islahiyah (Rendah) . Hobi saya pula melayari internet dan bermain bola takraw dengan kawan-kawan saya di sekolah saya. Kadang-kadang saya meminjam buku di Perpustakaan Desa dan Pusat Sumber. Selepas dua hari saya meminjam buku itu saya akan memulangkannya semula di perpustakaan. Pada masa rehat pertama sahaja boleh meminjam buku di Perpustakaan Desa dan Pusat Sumber. Koperasi buka pada rehat kedua dan saya membeli pada waktu rehat kedua sahaja. Selepas koperasi ditutup, saya dan kawan-kawan saya pergi ke masjid untuk solat Zohor. Kami mengambil wuduk lalu kami masuk ke dalam masjid. Selepas semua murid di sekolah masuk ke dalam masjid, murid darjah 6 akan Azan dan murid darjah 6 juga akan menjadi Imam di masjid itu. Selepas itu, kami naik ke atas kelas untuk menukar kasut dan menyambung pelajaran. Kami pun pulang ke rumah masing-masing pada pukul 4.00 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan