Sabtu, 10 April 2010

Saya pergi bercuti ke Pulau Pinang dan Ipoh

Assalamualaikum

Pada tahun yang lalu, saya dan ibubapa saya pergi bercuti Pulau Pinang. Kami menaiki feri untuk ke Pulau Pinang. Setelah kami sampai ke Pulau Pinang kami pun mencari hotel yang sesuai untuk kami berehat. Kemudian, kami berehat di dalam bilik yang selesa. Selepas kami berehat kami bersiar-siar dengan menaiki kereta dan kami membeli belah di Plaza. Selepas kami membeli belah di Plaza, kami pun pulang ke hotel untuk makan malam. Saya makan Chicken Chop dan emak saya pun sama. Ayah saya pula makan bihun goreng dan untuk saya pula ialah ais krim. Selepas kami makan malam, kami pun balik ke bilik kami semula. Keesokan paginya kami bangun awal untuk berkemas pergi ke Ipoh pula. Sebelum kami bertolak ke Ipoh, kami bersarapan dahulu di restoran. Kemudian kami pun bertolak ke Ipoh dengan menaiki kereta. Pada pukul 12.00 tepat tengah hari, kami pun berhenti untuk makan tengah hari. Selepas itu, kami pun meneruskan perjalanan. Semasa perjalan, minyak kereta kami sudah nak habis dan kami bersinggah di stasen minyak. Pada lewat petang, kami telah sampai di Ipoh. Setelah sampai ke bandar Ipoh mencari hotel untuk kami berehat. Selepas itu, kami pun makan malam di restoran. Kami pun pergi tidur. Keesokan paginya kami pun pulang ke rumah dengan menaiki feri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan