Sabtu, 1 Mei 2010

Rukun iman ada 6 perkara

Assalamualaikum

Rukun iman ada 6 perkara. Yang pertama ialah percaya kepada Allah. Kita patut percaya bahawa Allah maha besar dan maha sejahtera. Allah menjadikan alam ini tanpa bantuan sesiapa pun. Allah mencipta mahkluk-mahkluk yang ada di muka bumi ini dan termasuklah awan,matahari,bulan,bukit-bukau,haiwan, dan tumbuh-tumbuhan.Rukun iman yang kedua ialah percaya kepada malaikat. Malaikat dibuat daripada cahaya. Bilangan malaikat terlalu banyak, kita mengetahui 10 malaikat sahaja. Namanya ialah Jibril,Mikail,Israfil,Izrail,Mungkar,Nangkir,Rakib,Atid,Malik dan Ridhuan. Rukun iman yang ketiga ialah percaya kepada kitab. Kitab diturunkan di mekah. Kitab Taurat diturunkan kepada nabi Musa Alaihisalam.Kitab Zabur diturunkan kepada nabi Daud Alaihisalam. Kitab Injil pula diturunkan kepada nabi Isa Alaihisalam. Dan akhir sekali ialah kitab Al-quran diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W. Rukun iman yang keempat ialah percaya kepada Rasul. Rasul ada 25 orang iaitu dari nabi Adam hingga nabi Muhammad. Rukun iman yang kelima ialah percaya kepada Hari Kiamat. Kita tidak tahu bahawa akan berlakunya hari kiamat. Rukun iman yang terakhir ialah percaya kepada qada' dan qadar. Qada' dan qadar ialah sesuatu bencana atau pun malapetaka yang akan menimpa kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan