Jumaat, 7 Januari 2011

Percutian ke Singapura

Assalamualaikum

Pada 15 hari bulan disember 2010 saya bersama ayah ,ibu dan abang bertolak ke lapangan terbang Alor Star untuk pergi ke Singapura. Saya bersama keluarga menaiki kapal terbang firefly menuju ke lapangan terbang Subang. Pada pukul 1.30 tengah hari saya bertolak ke Singapura dengan menaiki kapal terbang firefly. Lebih kurang 1 jam 10 minit dalam perjalanan kami tiba di lapangan terbang Changi ,Singapura .Kami menaiki teksi menuju ke hotel 81 Orchird di Geylang 8. Setelah kepenatan dalam perjalanan ,kami berehat serta solat jamak Zohor dan Asar .Selepas solat jamak Maghrib dan Isyak ,kami keluar mencari restoran untuk makan malam. Lebih kurang 15 minit berjalan kaki ,kami terjumpa restoran mamak dan kami pun menjamu selera. Selepas makan malam, kami menaiki teksi melihat keindahan bandar Singapura pada waktu malam. Selepas itu, kami singgah di Suntec City untuk membeli belah. Apabila sudah lewat malam kami pun balik ke hotel dan terus tidur.

Pada hari kedua lawatan kami, seawal pagi kami menaiki teksi menuju ke Universal Studio. Kemudian kami pergi ke Sentosa dengan menaiki monorail. Pada stesen pertama kami turun dan bergambar di hadapan Melion. Kemudian kami menaiki Merlion ke puncak yang merupakan kepala Merlion. Melion ialah menara seekor singa yang merupakan lambang kota Singapura. Seterusnya kami menuju ke stesen kedua iaitu Images Of Singapore. Di sini kami ditayangkan kisah sejarah penubuhan kota Singapura selama 15 minit. Seterusnya kami menuju ke stesen ketiga iaitu Butterfly Park and Insect Kingdom. Di sini kami dapat melihat pelbagai jenis serangga dan burung-burung yang cantik dan indah. Pada pukul 1 tengah hari kami pun menaiki teksi menuju ke restoran The Orange Lantern. Kami menjamu selera dengan masakan ala Vietnam. Setelah kenyang perut kami pergi membeli belah di Orhard Mall. Pada pukul 5.30 petang kami pulang ke hotel dan menunaikan solat jamak Zohor dan Asar. Selepas itu kami berehat dan menonton televisyen Singapura. Selepas jamak Maghrib dan Isyak kami pergi makan di kedai mamak. Setelah menjamu selera kami pergi ke Seven Eleven untuk membeli makanan dan minuman. Selepas membeli kami pun pulang ke hotel untuk berehat dan tidur.

Pada hari ketiga kami menaiki teksi menuju ke Mustafa. Di sini kami membeli pakaian untuk keluarga sebagai cendera hati. Selepas itu kami pergi makan di restoran Arab dan kami menikmati nasi beryani istimewa. Pada pukul 3 petang kami menaiki teksi menuju ke Parkson dan membeli belah serta menikmati jamuan ringan. Selepas itu kami menaiki teksi untuk pulang ke hotel dan Solat jamak Zohor dan Asar. Selepas Solat jamak Maghrib dan Isyak kami menaiki teksi untuk pergi ke Suntec City kali kedua untuk membeli beg. Di sana kami sempat menjamu selera di KFC. Selepas itu kami membeli belah dan terjumpa beg. Kami bertolak balik ke hotel jam 11 malam.

Pada hari keempat sebelum kami keluar hotel kami mengemas barang dan menurunkan beg. Kami menaiki teksi menuju ke Arab Street. Di sini terdapat banyak kedai-kedai fabrik dan kedai kepunyaaan bangsa Arab dan Keling. Di sini kami seolah-olah berada di Makkah. Kami sempat membeli enam pasang kain sebagai cendera hati untuk keluarga. Kami menjamu selera roti canai dan murtabak rusa di restoran Zam Zam. Selepas itu kami pergi ke hotel untuk mengambil beg dan teruskan perjalanan ke lapangan terbang Changi Singapura. Agak lama juga kami di sini sebelum menaiki kapal terbang firefly ke Subang pada pukul 4.15 petang. Sebelum bertolak kami sempat Solat jamak Zohor dan Asar. Pada pukul 6 petang kami tiba di Subang. Kami minum petang dan menaiki kapal terbang firefly pada pukul 7 malam menuju ke Alor Star. Pada pukul 8 malam kami tiba di lapangan terbang Sultan Abdul Halim dan solat jamak Maghrib dan Isyak. Sebelum kami pulang kami sempat makan malam di restoran Sea Food di Shahab Perdana. Pada pukul 10 kami tiba di rumah dalam keadaan letih tetapi gembira kerana dapat berjumpa keluarga.