Jumaat, 7 Januari 2011

Percutian ke Singapura

Assalamualaikum

Pada 15 hari bulan disember 2010 saya bersama ayah ,ibu dan abang bertolak ke lapangan terbang Alor Star untuk pergi ke Singapura. Saya bersama keluarga menaiki kapal terbang firefly menuju ke lapangan terbang Subang. Pada pukul 1.30 tengah hari saya bertolak ke Singapura dengan menaiki kapal terbang firefly. Lebih kurang 1 jam 10 minit dalam perjalanan kami tiba di lapangan terbang Changi ,Singapura .Kami menaiki teksi menuju ke hotel 81 Orchird di Geylang 8. Setelah kepenatan dalam perjalanan ,kami berehat serta solat jamak Zohor dan Asar .Selepas solat jamak Maghrib dan Isyak ,kami keluar mencari restoran untuk makan malam. Lebih kurang 15 minit berjalan kaki ,kami terjumpa restoran mamak dan kami pun menjamu selera. Selepas makan malam, kami menaiki teksi melihat keindahan bandar Singapura pada waktu malam. Selepas itu, kami singgah di Suntec City untuk membeli belah. Apabila sudah lewat malam kami pun balik ke hotel dan terus tidur.

Pada hari kedua lawatan kami, seawal pagi kami menaiki teksi menuju ke Universal Studio. Kemudian kami pergi ke Sentosa dengan menaiki monorail. Pada stesen pertama kami turun dan bergambar di hadapan Melion. Kemudian kami menaiki Merlion ke puncak yang merupakan kepala Merlion. Melion ialah menara seekor singa yang merupakan lambang kota Singapura. Seterusnya kami menuju ke stesen kedua iaitu Images Of Singapore. Di sini kami ditayangkan kisah sejarah penubuhan kota Singapura selama 15 minit. Seterusnya kami menuju ke stesen ketiga iaitu Butterfly Park and Insect Kingdom. Di sini kami dapat melihat pelbagai jenis serangga dan burung-burung yang cantik dan indah. Pada pukul 1 tengah hari kami pun menaiki teksi menuju ke restoran The Orange Lantern. Kami menjamu selera dengan masakan ala Vietnam. Setelah kenyang perut kami pergi membeli belah di Orhard Mall. Pada pukul 5.30 petang kami pulang ke hotel dan menunaikan solat jamak Zohor dan Asar. Selepas itu kami berehat dan menonton televisyen Singapura. Selepas jamak Maghrib dan Isyak kami pergi makan di kedai mamak. Setelah menjamu selera kami pergi ke Seven Eleven untuk membeli makanan dan minuman. Selepas membeli kami pun pulang ke hotel untuk berehat dan tidur.

Pada hari ketiga kami menaiki teksi menuju ke Mustafa. Di sini kami membeli pakaian untuk keluarga sebagai cendera hati. Selepas itu kami pergi makan di restoran Arab dan kami menikmati nasi beryani istimewa. Pada pukul 3 petang kami menaiki teksi menuju ke Parkson dan membeli belah serta menikmati jamuan ringan. Selepas itu kami menaiki teksi untuk pulang ke hotel dan Solat jamak Zohor dan Asar. Selepas Solat jamak Maghrib dan Isyak kami menaiki teksi untuk pergi ke Suntec City kali kedua untuk membeli beg. Di sana kami sempat menjamu selera di KFC. Selepas itu kami membeli belah dan terjumpa beg. Kami bertolak balik ke hotel jam 11 malam.

Pada hari keempat sebelum kami keluar hotel kami mengemas barang dan menurunkan beg. Kami menaiki teksi menuju ke Arab Street. Di sini terdapat banyak kedai-kedai fabrik dan kedai kepunyaaan bangsa Arab dan Keling. Di sini kami seolah-olah berada di Makkah. Kami sempat membeli enam pasang kain sebagai cendera hati untuk keluarga. Kami menjamu selera roti canai dan murtabak rusa di restoran Zam Zam. Selepas itu kami pergi ke hotel untuk mengambil beg dan teruskan perjalanan ke lapangan terbang Changi Singapura. Agak lama juga kami di sini sebelum menaiki kapal terbang firefly ke Subang pada pukul 4.15 petang. Sebelum bertolak kami sempat Solat jamak Zohor dan Asar. Pada pukul 6 petang kami tiba di Subang. Kami minum petang dan menaiki kapal terbang firefly pada pukul 7 malam menuju ke Alor Star. Pada pukul 8 malam kami tiba di lapangan terbang Sultan Abdul Halim dan solat jamak Maghrib dan Isyak. Sebelum kami pulang kami sempat makan malam di restoran Sea Food di Shahab Perdana. Pada pukul 10 kami tiba di rumah dalam keadaan letih tetapi gembira kerana dapat berjumpa keluarga.


Sabtu, 1 Mei 2010

Rukun iman ada 6 perkara

Assalamualaikum

Rukun iman ada 6 perkara. Yang pertama ialah percaya kepada Allah. Kita patut percaya bahawa Allah maha besar dan maha sejahtera. Allah menjadikan alam ini tanpa bantuan sesiapa pun. Allah mencipta mahkluk-mahkluk yang ada di muka bumi ini dan termasuklah awan,matahari,bulan,bukit-bukau,haiwan, dan tumbuh-tumbuhan.Rukun iman yang kedua ialah percaya kepada malaikat. Malaikat dibuat daripada cahaya. Bilangan malaikat terlalu banyak, kita mengetahui 10 malaikat sahaja. Namanya ialah Jibril,Mikail,Israfil,Izrail,Mungkar,Nangkir,Rakib,Atid,Malik dan Ridhuan. Rukun iman yang ketiga ialah percaya kepada kitab. Kitab diturunkan di mekah. Kitab Taurat diturunkan kepada nabi Musa Alaihisalam.Kitab Zabur diturunkan kepada nabi Daud Alaihisalam. Kitab Injil pula diturunkan kepada nabi Isa Alaihisalam. Dan akhir sekali ialah kitab Al-quran diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W. Rukun iman yang keempat ialah percaya kepada Rasul. Rasul ada 25 orang iaitu dari nabi Adam hingga nabi Muhammad. Rukun iman yang kelima ialah percaya kepada Hari Kiamat. Kita tidak tahu bahawa akan berlakunya hari kiamat. Rukun iman yang terakhir ialah percaya kepada qada' dan qadar. Qada' dan qadar ialah sesuatu bencana atau pun malapetaka yang akan menimpa kita.

Sabtu, 17 April 2010

Hadiah pada hari guru

Assalamualaikum

Pada tahun yang lalu, bulan 5 kami mengadakan hari guru. Kami bangun awal dan membawa hadiah untuk diberikan kepada guru. Kami ada perhimpunan pada waktu itu. Selepas perhimpunan kami membuat persembahan iaitu bernasyid, bersajak, berlakon, bercerita, beryanyi dan berteka-teki untuk menceriakan guru kami. Selepas itu, pada pukul 10.00 pagi kami pergi ke kantin untuk kami makan. Selepas kami makan, kami bermain sehingga pukul 10.30 pagi. Selepas itu, kami memberikan hadiah itu kepada guru-guru kami iaitu guru kelas kami Ustazah Zuraida, Ustazah yang paling baik dengan kami iaitu Ustazah Marlina dan akhir sekali ialah Ustazah yang tekun mengajar kami iaitu Ustazah Rogayah. Di dalam bungkusan itu ada hadiah yang istimewa untuk ustazah yang tersayang. Selepas kami memberi hadiah kepada guru, kami menyambungkan perhimpunan. Ucapan dua orang guru di atas pentas iaitu Ustaz Ramzi dan Ustaz Asri. Mereka mengucapkan terima kasih kepada semua murid di sekolah kami kerana menyambutnya dengan meriah sekali. Loceng berbunyi pada pukul 12.00 dan semua murid balik ke rumah masing-masing.

Jumaat, 16 April 2010

Hari peperiksaan saya

Assalamualaikum

Pada bulan yang lalu, saya menghadapi peperiksaan penggal pertama.Pada hari Isnin saya bangun awal untuk menghadapi peperiksaan penggal pertama. Kami memulakan peperiksaan. Ustazah memberikan kertas soalan kepada semua murid di dalam kelas 3 Iman. Kami membaca doa menghadapi peperiksaan lalu menjawab soalan dalam masa satu jam. Pada pukul 9.00 pagi lalu kami pun memberikan kertas soalan yang ustazah berikan. Ada lagi peperiksaan Bahasa Melayu (pen). Masanya ialah pukul 9.00 pagai hingga 10.00 pagi. Setelah loceng sekolah berbunyi, kami pun turun ke kantin untuk makan. Kami bermain lalu naik ke kelas untuk kami belajar dahulu. Selapas itu, kami peperiksaan kami yang terakkhir ialah Pendidikan Islam. Masanya ialah pukul 11.00 tengah hari hingga 12.00 tengah hari. Kami mendapat kertas soalan dari ustazah lalu menjawab dengan segera kerana masa tinggal beberapa minit sahaja lagi. Kami telah siap menjawab kertas soalan dan ustazah maengambil semua kertas soalan. Selepas itu, kami membaca doa sebelum kami. Selepas kami membaca kami pun pulang ke rumah masing-masing.

Hari pertama saya ke sekolah

Assalamualaikum

Pada tahun 2008 yang lalu, saya bangun pada pukul 7.00 untuk pergi ke sekolah baru saya . Saya bersarapan dengan ayah dan emak saya. Emak saya menghantar saya ke sekolah baru itu. Saya memperkenalkan diri di bilik guru.Saya baru nak berkenalan dengan kawan baru saya. Saya baru sekolah menegah. Selepas itu, saya telah masuk di dalam kelas saya iaitu kelas 1 Iman. Saya risau kerana kawan-kawan baru itu mungkin akan mengejek saya. Selepas itu, kami pun memulakan pelajaran. Kami belajar dengan tekun sekali. Selepas kami belajar, kami pergi ke kantin untuk makan. Kami membasuh di singki sehingga bersih tangan kami. Selepas itu, kami membaca doa makan. Selepas kami membaca doa makan, kami pun dalam keadaan senyap. Selepas kami makan, kami pun teruskan pelajaran kami. Semasa di dalam kelas kami membuat kerja yang ada di dalam kami. Selepas itu, kami pun pergi ke tempat wuduk lalu kami ke surau untuk solat Zohor. Selepas kami bersolat, kami menyambungkan dua mata pelajaran. Kami menyalin yang ustazah tulis di papan putih. Selepas dua mata pelajaran dijalankan, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Bahawa tiada apa-apa yang nak dirisaukan.

Isnin, 12 April 2010

Keluarga kami ada tiga komputer riba

Assalamualaikum

Keluarga kami mempunyai tiga buah komputer riba. Kami menggunakan komputer riba untuk melayari internet. Melayari internet ialah untuk melihat Filem, Blogspot,Emel,Facebook dan gambar. Selepas melayari internet, ialah mendengar lagu kegemaran anda atau pun mendengar doa taubat. Selepas itu pula, ialah permainan. Permainan tidak boleh selalu bermain di dalam komputer riba. Akhir sekali, ialah boleh melihat siaran di luar negeri. Siaran di luar negeri ialah melihat filem di luar negeri kita seperti hotel di Langkawi atau pun siaran hidangan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi dan England.

Ahad, 11 April 2010

Saya ada dua ekor kucing

Assalamualaikum

Saya membela dua ekor kucing yang bernama Comel dan Siti. Saya sangat sayangkan Comel dan Siti. Bulu Comel berwarna kelabu dan bulu Siti berwarna putih. Comel dan Siti suka makanan yang ayah saya belikan untuk mereka. Mereka tidak suka mandi walaupun bulunya kotor. Kadang-kadang mereka suka juga mandi. Mereka suka bergaduh antara satu sama lain. Comel tinggal di dalam rumah saya kerana dia suka tidur tetapi Siti tinggal di dalam sangkar kerana dia membuat bising di dalam rumah saya. Kadang-kadang Comel tinggal bersama-sama dengan Siti.